18 Januari 2009 - Kuala Lumpur

Friday, January 23, 2009 pada 5:30 AM



OK.cerita ringkas ada di blog aliahkama iaitu http://aliahkama.blogspot.com.

satu hari ini merupakan satu hari yang amat seronok, gembira, dan mengarut.hahah.ceh baru awal-awal cerita sudah membuat kesimpulan.aku tahu ramai yang tidak akan membaca ini kerana tidak melibatkan mereka dan keluarga mereka.tetapi aku tahu keempat-empat orang di dalam gambar di atas akan tersenyum kecil membaca bebelan aku ini.haha.



ok.tido pada pukul 5 pagi.bangun pada pukul 10.45 pagi.bagus.amaaat bagus.mata bengkak-bengkak kemerahan bercampur dengan demam.satu bonus bagi aku.haha.bangun mandi then tidak bersarapan kerana malas dan tiada selera untuk makan kerana 40% excited berjumpa orang-orang gila dan 60% mamai tidak cukup tidur.ah persetan kan itu semua.

cerita diteruskan dengan Encik Bakhtiar membawaku menaiki motosikal empat lejang 135LC merah nya sehingga ke pudu untuk membeli tiket bas pulang ke Muar pada pukul 8 malam.dan kemudiannya aku dipaksa untuk menaiki motosikalnya untuk dihantar ke KL Central.peh dah menyusahkan orang.damn kau rafiq.

sampai-sampai sahaja di KL Central, Encik Bakhtiar berpesan-pesan "kau jage diri elok-elok.jangan buat ayah marah.belajar rajin-rajin.kemsalam seme kat Muar.kau jgn buat bende bukan2.jangan merempit bla bla bla bla bla.senang-senang datang KL lagi, rapik." dan memelukku erat.besar penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Bakhtiar.minta maaf jika menyusahkan.kau lah pakcikku yang amat mantul-mantul.haha.

masuk ke dalam KL Central.melihat ramai orang berpusu-pusu.menerima beberapa sms daripada aliahkama dan najwa.pergi ke tandas seketika untuk bersolek setelah rambut menjadi serabai menaiki motosikal.ok najwa suruh aku tunggu di tandas.tetapi setelah 5 minit menunggu tiada batang hidung Najwa kelihatan.kemudian dengan bangganya dia berkata menggunakan panggilan di handphone "bongok kau tunggu kat tandas tingkat atas wtpe.aku kat tandas bawah".aku pn tergelak besar sekejap di depan KFC.hahaha.ok turun ke tingkat bawah KL Central.ok tiba-tiba terlihat ada seseorang sangat familiar.oh patung badut McDonald rupanya.haha kidding.Najwa datang menghampiriku dengan berkata"sengal!", tidak silap aku, menggantikan ucapan "Assalamualaikum".aku pun tersenyum buat tidak tahu dan berjalan menggalas beg yang amat lah besar berisi kepala babi seberat 3 kilogram.menuju ke kereta Toyota Vios aliahkama yang berada di luar KL Central.bak kata Najwa "ish kaya dia ni bawak toyota vios".aku pun sekali lagi buat muka blur sambil melihat aliahkama menutup mulut sambil ketawa di dalam kereta nya itu.kadang-kadang aku keliru sama ada dia ketawa ataupun menangis.kerana mimik mukanya seperti mahu menangis tiap-tiap masa.seperti bayi baru dilahirkan.oloh comel.hahahahahahahaha.

"ada suprise!.jiha ngan tika tak dapat join sbb ada hal" sambil ketawa-ketawa melekek-lekek dan menutup mulut.aku pun berkata di dalam hati "dia ni gila agaknya.jiha ngan tika tak dapat join pun dikira suprise?".hahah.perjalanan diteruskan ke IKEA sambil berbual-bual kosong yang tidak ku ingat.ya.pada mulanya aku ingatkan IKEA itu kedai perabot.seriously.lepas itu diketawakan oleh dua ekor makhluk itu.baru aku tahu bahawa IKEA itu adalah tempat pusat membeli-belah dan mempunyai tempat makan yang amat pelik.masuk sahaja tempat janggal bernama IKEA itu, aku melihat ramai orang.aliahkama dan najwa ketawa berdekah-dekah setelah aku berkata bahawa aku dapat merasai bahawa aku diperhatikan.ye la kan.turun KL pastu datang tempat mewah memakai baju bundle yang buruk berkotak-kotak dan seluar coudroy berwarna biru yang sudah lusuh dan juga selipar jepun RM2 berwarna merah.aku rasa seperti makhluk asing di situ.

itu baru sedikit pengenalan di IKEA.kemudian aku dihidang kan dengan makanan pasar lambak iaitu bebola ikan dan kentang goreng yang rasanya amat pelik.tambahan pula, aku terpaksa memakan mengunakan sudu dan pisau.lagi sekali sesuatu yang amat janggal, mempunyai sos atau jam strawberi.memakai pisau memotong bebola ikan di tangan kanan.aku khuatir bebola ikan itu akan terbang seperti di dalam cerita Mr Bean.tetapi rasa kentang goreng itu bolehlah tahan juga.rafiq, kau bagaikan rusa memasuki kampung.jakun itu tidaklah sangat tetapi rasa amat pelik dan diperhatikan.OMG.masuk tandas pun ada cleaner India memandang ku dengan wajah yang amat bengis.damn ah tempat bernama IKEA itu.makanan ditaja oleh aliahkama.

kemudian berjalan-jalan di depan shopping complex di depan bangunan IKEA itu yang tidak pernah terniat untuk ambil tahu apakah namanya.entah apa yang ingin disorokkan oleh aliahkama dan najwa di bahagian peta.aku ingat mereka mahu pergi ke tempat menjual pakaian dalam wanita kerana mereka seolah-olah menyorokkan sesuatu daripada aku.tidak mengapa.aku buat tidak tahu sahaja.rupa-rupanya ingin berkaraoke.hahah.najwa sempat bertanya di bahagian pintu masuk karaoke tersebut"OK tak rafiq?".aku pun membalas "ah layankan kepala kau orang.tak kesah".haha.akan tetapi tidak jadi berkaraoke.aku pun tidak tahu mengapa.kerana aku terpinga-pinga seperti kambing memasuki kandang lembu.hahah.mungkin juga bak kata aliahkama "too expensive".kemudian berjalan-jalan melihat baju perempuan berharga RM25 (tidak silap aku) di gerai tengah-tengah jalan megamall tersebut sambil melihat patung lembu paling besar pernah aku lihat.akan tetapi sebelum itu, aliahkama ada memberitahu mengenai najihah yang sudah habis ceramah ntah ape ntah di segambut.segambut?.ya.najwa mula merepek sampah bahawa segambut itu merupakan satu lokasi di Johor.aliahkama dan aku sudah pelik."Johor?".haha.





kembali ke kereta setelah membayar di parking kereta di mesin.ok di sini ingin ditekan kan bahawa seseorang manusia itu boleh berubah jika memegang stereng kereta (eh betulkah ejaan stereng itu?) .ya.aliahkama berubah daripada seorang wanita yang lemah lembut dan amat annoying kepada seorang wanita yang ganas dan buas ketika memegang stereng kereta.hebat bukan?.kadangkala aku ketakutan di bahagian seat belakang melihat aliahkama dan hampir menyorok di dalam beg galas ku itu.aku melihat selipar jepun ku.alahai buruknya rupamu.aku pun tukar memakai kasut setelah merasakan bahawa diri ini diperhatikan oleh mata-mata yang misteri.kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu masjid di mana entah yang kawasan sekitar nya didiami oleh minah-minah Indonesia, kanak-kanak berbasikal yang nakal dan mempunyai jalan yang mengelirukan.sementara menunggu aliahkama dan najwa bersolat zohor, aku menghisap Winston Light sambil memerhatikan kereta aliahkama daripada sebarang anasir-anasir jahat ataupun M Nasir.di samping itu, aku duduk termenung dan kononnya murung sambil mengopek bekas luka jatuh menggelongsor di jalan raya pada 3 minggu yang lepas.





hari itu diteruskan juga dengan mengambil atikah azumi di jalan berdekatan kolej asrama pelajar UM.sedang sesat berjalan-jalan tiba-tiba atikah menalifon aliahkama dan mengatakan bahawa dia juga berada di jalan yang sama.dan muncullah atikah azumi bersama bapanya.aku mula terbayang reaksi dan wajah bapanya setelah mengetahui aku, yang juga seorang lelaki ingin keluar bersamanya dan ketakutan.maka kalutlah seketika keadaan di dalam kereta itu dimana aku dan najwa ingin bertukar tempat kononnya ingin berlakon aku sebagai teman lelaki aliahkama tetapi serta-merta aliahkama menjerit-jerit seolah-olah terkena peluru berpandu Israel dan keadaan menjadi kelam-kabut seketika.disebabkan adrenalin yang mengalir terlalu laju dan perasaan takut yang amat sangat sehingga waktu untuk berfikir tiada,aku serta-merta mengambil tindakkan yang aku anggap bijak tetapi sebenarnya amat bangang iaitu keluar daripada kereta ketika lampu isyarat bertukar menjadi hijau dan kaki aku dilanggar dan dilenyek oleh Toyota Vios aliahkama itu.sakitnya aku tahan dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa berlaku sedangkan di dalam hati memaki-maki aliahkama.hahahaha.i blame you, najwa for being a retarded person for 30 seconds and i blame you, aliahkama for shouting like a monkey in your car.AHAHAHAHAHAHAHA TIME INI KELAKAR GILA.

oh hatiku berdebar ketika berjumpa dengan bapa atika azumi.atika azumi mula melambai-lambai kepadaku dan aku hanya tersenyum palsu sebagai reaksi.pada mulanya aku terlihat wajahn bapanya seolah-olah marah, akan tetapi selepas aliahkama menyuruhku bersalaman dengan beliau, Alhamdulillah.jauh panggang daripada punggung.rupanya bapa atikah azumi amatlah seorang yang manis ketike tersenyum walaupun ketika itu aku menggigil ketakutan dan menahan sakit di kaki.tiada apa-apa berlaku selepas itu kecuali kami meminta izin daripada bapanya untuk membawa atika azumi keluar berjalan-jalan dan aku memaki-maki najwa dan aliahkama di dalam kereta.tidak ketinggalan juga najwa dan aliahkama kalut seketika, memaki-maki aku yang amat BIJAK.hahahaha.

perjalanan diteruskan ke kolej uitm alamanda tidak silap ku untuk mengambil siti najihah atau dikenali sebagai belon di kalangan kami Science Sixers.cewah nama tak boleh blah.di dalam kereta itu aku sempat berbual-bual kosong bersama Cik Atika Azumi dan mewawancara tentang kisah hidupnya.setibanya kami di sana menunggu najihah yang mungkin sedang bersolek seketika sehingga aku sempat menghirup setengah batang rokok, dia menaiki kereta aliahkama tanpa ku sedari.tiba-tiba al menyuruhku menaiki kereta dengan pantas.haha.aku pun bertindak mengikut arahan.masuk sahaja ke dalam kereta aku disapa oleh najihah "oh manje semakin ayu" dan aku hanya mampu memaki-maki sebagai salam perkenalan dan dia mula merepek-repek seperti mak nenek di dalam kereta.kau tetap belon ya najihah?.hahaha.kami singgah sebentar ke McDonald mane entah tidak silap ku, untuk memberi laluan kepada atika azumi dan najihah untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM.


kemudian kami pergi ke Old Town kafe untuk berborak-borak seketika.oh.lagi sekali aku mula terasa agak janggal bila melihat aku seorang sahaja lelaki bersama empat orang wanita dan terasa seperti diperhatikan.bak kata atikah azumi "rafiq kahwen empat".WAKAKAKAKAKA. I think I should get use to it lah.hahahahaha.najihah belon kemudiannya meminta order makan dengan begitu rakus sekali iaitu makanan berbentuk mee hun sup.aku juga meminta air hazelnut yang rasanya seperti meminum petai yang telah diblender pada mulanya, namun setelah menghirup untuk kali kelima atau keenam, rasanya agak sedap.bermula lah sesi "cam-whore" di antara kami berlima dan aliahkama telah menyuruh salah seorang makhluk yang berkerja di OldTown kafe tersebut untuk snap gambar.inilah hasilnya.najwa mula merengek bahawa bapanya telah menyuruhnya balik ke rumah.setelah berborak-borak dan cam-whore seketika, walaupun tidak puas, tetapi cukuplah sekadar itu sahaja.







Kemudian aliahkama menghantar kami ke KL Central untuk pulang ke rumah dan kolej masing-masing.ketika aku sedang mengemas selipar buruk dan kamera ku, tiba-tiba najwa hilang seperti pelesit.ok aku copy paste post terdahulu.


"I wanted to say "BABI BABI BABI" to you fo leaving us err I mean, me, like a pelesit di KL Sentral.At that time I was packing some things (selipar ngan camera kott) in my bag when suddenly I asked Najihah "Eh, najwa mane?"."Dia dah blah arh" kata Najihah then I was like wtf gila babi mode."


sempat juga mengambil beberapa keping gambar bersama najihah belon didepan KL Central.OK di sini di mana part sayu itu datang.melihat aliahkama melambai-lambai dan membuat muka menangisnya dan atikah azumi juga melambai-lambai, aku pun berkata "jumpa lagi!" sebagai ayat terakhir.setelah mereka balik tinggallah aku berdua bersama najihah ingin menaiki train pulang.aku sebenarnya ingin pergi ke masjid jamek tetapi tidak tahu bagaimana.then aku menalifon pakcikku dan dia berkata itu ini itu ini.then aku tanya pula najihah, dia berkata itu ini itu ini.aku seolah-olah mengelamun bodoh.langsung tidak paham apa yang mereka katakan.inilah sebabnya aku benci menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.haha.

ok ketika aku sedang blur gila babi itu pula najihah menyuruh aku membeli tiket ke masjid jamek.ok aku layankan die.masukkan duit syiling, tetapi mesin itu pula buat perangai lahanat anjing celaka tidak dapat menerima duit syling kami berdua.ah aku sudah mula melayang-layang pening dan mengelamun.sedangkan najihah pergi ke kedai buku ingin membeli buku, aku menghalangnya.die konon pancing nak beli majalah wanita nak bace la hape la.aku siap dah hulur duit RM10 juga tetapi ditolak tidak silap aku.aku pula time tu tengah panas tiba-tiba melihat kedegilan si najihah.akan tetapi melihat dia tersenyum menyerupai belon membuatkan aku mengalah.then aku pasrah lah.hahah.then aku bagi duit kau taknak dasar kepala batu punye perempuan.seriously aku bengang dengan kau orang termasuk kau, aliahkama dan najwa.selepas itu najihah memberitahu ku cara-cara untuk pergi ke pudu untuk menaiki bas.ok aku dengar dengan teliti.selepas itu najihah ingin mengeluarkan duit lagi.lagi sekali kau menyusahkan orang,rafiq.teringat lagi kata-kata najihah, "takpe la.kitorang ni orang sini.kene layan tetamu dengan baik".then aku balas kembali "tetamu?taktau pulak aku KL Central ini rumah kau?.babi ape seme ni?".ah aku dah rase tahap kebodohan aku melampau gila time tu.

sedang najihah mengeluarkan duit di mesin ATM, aku terfikir lebih baik berambus lebih awal daripada menyusahkan najihah lagi.aku tidak berkata banyak cuma menumbuk tangannya dan terus pergi ke tandas untuk membasuh muka yang semakin pucat.seingat aku, aku tidak pun mengucapkan terima kasih kepada najihah waktu itu kerana aku masih di dalam keadaan panas dan geram.ok.bersedia untuk pulang, rafiq.najihah, tidak perlu meminta maaf.haha.

then aku lihat najihah sudah tiada lagi.sudah balik kott.on the way untuk mencucukkan tiket LRT, terserempak bersama rakan lama iaitu Syful Izuan bersama aweknya.berbual seketika.dan kemudian pergi ke Masjid Jamek menaiki LRT.kemudian malas untuk sesat dan terjadi apa-apa yang pelik, aku hanya berjalan kaki daripada stesen LRT Masjid Jamek sehingga ke Plaza Rakyat.ketika itu masih pukul 7.15 petang.mengambil kesempatan untuk menghisap rokok dan minum air seketika di tempat duduk di luar stesen bus tersebut.melihat bangunan KL yang tersergam indah.semoga berjumpa lagi, KL yang pening.tepat pukul 8 ku menaiki bas dan terus pulang ke Muar.tiba di Muar pukul 9.35 oh ya bas ini laju macam celaka.

Cicak mengambil ku menaiki RX-Z nya di stesen bas Bentayan dan terus ke Sungai Abong.melepak seketika di warung bersama Syahrul Keling dan Cicak dan juga Faizal Punk.kemudian online seketika dan seterusnya terlantar di atas katil mati tidak berbunyi.End of that day.still, I miss you all. :)


p/s:
Terima kasih yang amat kepada aliahkama, najihah, najwa tasin, atika azumi.amat.amat BESAR.
Minta maaf jika ada sebarang tatasusila (ahaha) atau percakapan.Minta maaf juga jika membebankan anda semua.hoho.shit apehal aku mcm buat karangan SPM.damn.dan terima kasih kepada Rafiq Kamal kerana datang all the way from Muar sambil memakai selipar jamban merah.sekarang pun masih memakainya lagi.dan juga kepada Norhaida Ujang atas senyuman dan sokongan dan juga kepada Tan Sri Samibelu kerana mempunyai gaya rambut yang chamtek dan terima kasih lagi sekali kerana membina lebuhraya plus dan tol Sungai Besi.

tetapi ini masih tidak complete.seperti kad poker tanpa set daun Spade.seperti bertumbuk tanpa rasa sakit.seperti rokok tanpa lighter.tidak.tidak complete.hahah.



Credits:

Adobe Photoshop CS2
Microsofy Office Picture And Viewer
Norhaida Bte Ujang, ibu kesayangan wakakaka
Encik Bakhtiar dan Puan Azni
the people themselves - aliah, najihah, najwa, atikah :)








Aku menepuk bahumu

Monday, January 12, 2009 pada 2:52 AM
Ini berhubung kait dengan post Qayyumx.Minta maaf kerana lambat mengupdate blog.

Terus terang ingin ku katakan, kebanyakkan orang seperti lembu dicucuk hidungnya.tidak dapat dinafikan.contohnya, dahulu ada peperangan Islam dan kafir juga.malah hebah sana-sini "boikotlah".daripada dahulu.tetapi akhirnya mereka memakan dan memakai serta menyentuh kembali objek Ideologi kafir lahatullah itu.tidak.bukan ingin mempersoalkan tindakan dan respon kalian, tetapi ini konsep ku dan aku tidak menyuruh kau orang semua mengikut aku sekali tetapi dengar dahulu idologi kuh.aku ingin meminta maaf kepada sahabat handai dan saudara di Palestin, Gaza, umumnya di tanah Arab yang sedang ditindas kerana tidak mampu melakukan apa-apa.aku tidak mempunyai kuasa dan nama.even orang Malaysia yang mempunyai kuasa dan nama juga tidak melakukan apa-apa.hanya kata-kata dapat "boikotlah!", "simpati" dan "bersedih" yang dapat di ludahkan.bukan sahaja orang Malaysia,orang negara lain juga hanya tutup mata tidur sahaja.ingin memboikot?.itu bukan sesuatu yang aku mampu lakukan kerana di sini, even di blogspot ini pun, setelah aku mengwhois http://whois.domaintools.com/blogspot.com website blogspot ini kepunyaan kafir lahanatullah di Amerika nun di sana.tambahan pula, aku sendiri memakai baju dan seluar buatan kafir seperti Levi's dan Edwin.anda sekalian juga mungkin sedang memakai barangan elektronik dan mekanikal buatan kafir ini seperti COMPAQ, Volkswagen, gitar elektrik Fender, dan juga lain-lain.aku tidak akan menuduh buta tuli.setiap perkara aku siasat berhati-hati.baiklah.mari kita bayangkan situasi ini:

Joni amat sedih melihat mangsa perang di Gaza, Palestin, Peru, Afghanistan dan lain-lain, pada suatu masa.Justeru itu, beliau telah membuat keputusan untuk memboikot semua barangan ciptaan Amerika dan Israel.Usahanya membuahkan hasil.Semua makanan McD, KFC, A&W dan lain-lain tidak disentuh olehnya malah tiap-tiap pagi beliau akan menampal poster di kaca ruang makan McD berbunyi begini "Cibai Kia Lu bagi duit kat Israel".Usahanya amat keras.Syabas diucapkan kepada Joni.Akan tetapi,pada suatu hari ketika Joni sedang duduk di kerusi verandah rumahnya, Joni terpandang sesuatu.Joni terpandang seluar dalamnya yang bertulis besar "Levi's Strauss".Malahan Joni terpandang kasut Converse yang dibelinya sehari sebelum beliau duduk di kerusi verandah nya itu ketika berjalan-jalan di Mahkota Parade, Melaka, menaiki kereta Lamborghini beliau.Joni juga memberi anak kecilnya makan vitamin dan ubat-ubatan Appeton.


OK.Ironik bukan?.aku pasti pasti ramai di antara kalian telah menyedari atau suatu hari nanti akan sedar bahawa anda tetap menyumbang sedikit sebanyak kepada Amerika.jadi, boikot ini hanya suatu perbuatan yang sia-sia bagi pendapat aku.tidak.aku tidak cube untuk menjadi "BIAS" dan seorang PRO-Isarel.(babi apa pula aku nak sokong Israel namai cibai).akan tetapi sebelum kau mengutuk dan mencaci post dan penulis post ini, lagi sekali aku ingin nyatakan, aku dan setiap orang mempunyai ideologi dan pemahaman yang pemikiran tentang sesuatu perkara.sekali lagi minta maaf aku igin ucapkan kepada saudara-saudara yang telah dicabut nyawanya di Tanah Arab dan saudara yang sedang bergelumang dengan ketakutan di sana.Allah itu maha adil.Dia menunjukkan sesuatu even di dalam keadaan yang menyedihkan.HE have his own kind of showing ways.Aku menepuk bahumu, Palestin, Gaza, Afghanistan, Peru dan negara-negara lain yang dibuli syaitan dunia ini.

Fikir kembali, selain bahasa Melayu dan bahasa Jawa dan juga bahasa Cina atau India, anda menggunakan bahasa apa?.Bahasa Inggeris juga bukan.It`s funny how things turned back up against you.

Alang-alang menyeluk pekasam.German juga sama.Ingat filem "Fitna" dan kartun Nabi Muhammad?.

Harap-harap peribahasa itu membuat anda mengukir satu tulisan penting di dalam hati dan minda.Ya.Post ini juga bertujuan untuk menjadi batu api dan batu loncatan kepada anda semua.Tiada gambar mayat atau mangsa di Palestin kerana aku amat tidak sampai hati menayang-nayang wajah si mati dan wajah manusia ketakutan.Aib mereka harus dijaga.

Habis ceritera dan fakta.

Semoga kau juga menepuk bahu mereka.

Iklan Penaja :

My photo
I am content with losing

Entries (RSS) | Comments (RSS) | XML Ripped By Rfq