18 Januari 2009 - Kuala Lumpur

Friday, January 23, 2009 pada 5:30 AM



OK.cerita ringkas ada di blog aliahkama iaitu http://aliahkama.blogspot.com.

satu hari ini merupakan satu hari yang amat seronok, gembira, dan mengarut.hahah.ceh baru awal-awal cerita sudah membuat kesimpulan.aku tahu ramai yang tidak akan membaca ini kerana tidak melibatkan mereka dan keluarga mereka.tetapi aku tahu keempat-empat orang di dalam gambar di atas akan tersenyum kecil membaca bebelan aku ini.haha.



ok.tido pada pukul 5 pagi.bangun pada pukul 10.45 pagi.bagus.amaaat bagus.mata bengkak-bengkak kemerahan bercampur dengan demam.satu bonus bagi aku.haha.bangun mandi then tidak bersarapan kerana malas dan tiada selera untuk makan kerana 40% excited berjumpa orang-orang gila dan 60% mamai tidak cukup tidur.ah persetan kan itu semua.

cerita diteruskan dengan Encik Bakhtiar membawaku menaiki motosikal empat lejang 135LC merah nya sehingga ke pudu untuk membeli tiket bas pulang ke Muar pada pukul 8 malam.dan kemudiannya aku dipaksa untuk menaiki motosikalnya untuk dihantar ke KL Central.peh dah menyusahkan orang.damn kau rafiq.

sampai-sampai sahaja di KL Central, Encik Bakhtiar berpesan-pesan "kau jage diri elok-elok.jangan buat ayah marah.belajar rajin-rajin.kemsalam seme kat Muar.kau jgn buat bende bukan2.jangan merempit bla bla bla bla bla.senang-senang datang KL lagi, rapik." dan memelukku erat.besar penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Bakhtiar.minta maaf jika menyusahkan.kau lah pakcikku yang amat mantul-mantul.haha.

masuk ke dalam KL Central.melihat ramai orang berpusu-pusu.menerima beberapa sms daripada aliahkama dan najwa.pergi ke tandas seketika untuk bersolek setelah rambut menjadi serabai menaiki motosikal.ok najwa suruh aku tunggu di tandas.tetapi setelah 5 minit menunggu tiada batang hidung Najwa kelihatan.kemudian dengan bangganya dia berkata menggunakan panggilan di handphone "bongok kau tunggu kat tandas tingkat atas wtpe.aku kat tandas bawah".aku pn tergelak besar sekejap di depan KFC.hahaha.ok turun ke tingkat bawah KL Central.ok tiba-tiba terlihat ada seseorang sangat familiar.oh patung badut McDonald rupanya.haha kidding.Najwa datang menghampiriku dengan berkata"sengal!", tidak silap aku, menggantikan ucapan "Assalamualaikum".aku pun tersenyum buat tidak tahu dan berjalan menggalas beg yang amat lah besar berisi kepala babi seberat 3 kilogram.menuju ke kereta Toyota Vios aliahkama yang berada di luar KL Central.bak kata Najwa "ish kaya dia ni bawak toyota vios".aku pun sekali lagi buat muka blur sambil melihat aliahkama menutup mulut sambil ketawa di dalam kereta nya itu.kadang-kadang aku keliru sama ada dia ketawa ataupun menangis.kerana mimik mukanya seperti mahu menangis tiap-tiap masa.seperti bayi baru dilahirkan.oloh comel.hahahahahahahaha.

"ada suprise!.jiha ngan tika tak dapat join sbb ada hal" sambil ketawa-ketawa melekek-lekek dan menutup mulut.aku pun berkata di dalam hati "dia ni gila agaknya.jiha ngan tika tak dapat join pun dikira suprise?".hahah.perjalanan diteruskan ke IKEA sambil berbual-bual kosong yang tidak ku ingat.ya.pada mulanya aku ingatkan IKEA itu kedai perabot.seriously.lepas itu diketawakan oleh dua ekor makhluk itu.baru aku tahu bahawa IKEA itu adalah tempat pusat membeli-belah dan mempunyai tempat makan yang amat pelik.masuk sahaja tempat janggal bernama IKEA itu, aku melihat ramai orang.aliahkama dan najwa ketawa berdekah-dekah setelah aku berkata bahawa aku dapat merasai bahawa aku diperhatikan.ye la kan.turun KL pastu datang tempat mewah memakai baju bundle yang buruk berkotak-kotak dan seluar coudroy berwarna biru yang sudah lusuh dan juga selipar jepun RM2 berwarna merah.aku rasa seperti makhluk asing di situ.

itu baru sedikit pengenalan di IKEA.kemudian aku dihidang kan dengan makanan pasar lambak iaitu bebola ikan dan kentang goreng yang rasanya amat pelik.tambahan pula, aku terpaksa memakan mengunakan sudu dan pisau.lagi sekali sesuatu yang amat janggal, mempunyai sos atau jam strawberi.memakai pisau memotong bebola ikan di tangan kanan.aku khuatir bebola ikan itu akan terbang seperti di dalam cerita Mr Bean.tetapi rasa kentang goreng itu bolehlah tahan juga.rafiq, kau bagaikan rusa memasuki kampung.jakun itu tidaklah sangat tetapi rasa amat pelik dan diperhatikan.OMG.masuk tandas pun ada cleaner India memandang ku dengan wajah yang amat bengis.damn ah tempat bernama IKEA itu.makanan ditaja oleh aliahkama.

kemudian berjalan-jalan di depan shopping complex di depan bangunan IKEA itu yang tidak pernah terniat untuk ambil tahu apakah namanya.entah apa yang ingin disorokkan oleh aliahkama dan najwa di bahagian peta.aku ingat mereka mahu pergi ke tempat menjual pakaian dalam wanita kerana mereka seolah-olah menyorokkan sesuatu daripada aku.tidak mengapa.aku buat tidak tahu sahaja.rupa-rupanya ingin berkaraoke.hahah.najwa sempat bertanya di bahagian pintu masuk karaoke tersebut"OK tak rafiq?".aku pun membalas "ah layankan kepala kau orang.tak kesah".haha.akan tetapi tidak jadi berkaraoke.aku pun tidak tahu mengapa.kerana aku terpinga-pinga seperti kambing memasuki kandang lembu.hahah.mungkin juga bak kata aliahkama "too expensive".kemudian berjalan-jalan melihat baju perempuan berharga RM25 (tidak silap aku) di gerai tengah-tengah jalan megamall tersebut sambil melihat patung lembu paling besar pernah aku lihat.akan tetapi sebelum itu, aliahkama ada memberitahu mengenai najihah yang sudah habis ceramah ntah ape ntah di segambut.segambut?.ya.najwa mula merepek sampah bahawa segambut itu merupakan satu lokasi di Johor.aliahkama dan aku sudah pelik."Johor?".haha.





kembali ke kereta setelah membayar di parking kereta di mesin.ok di sini ingin ditekan kan bahawa seseorang manusia itu boleh berubah jika memegang stereng kereta (eh betulkah ejaan stereng itu?) .ya.aliahkama berubah daripada seorang wanita yang lemah lembut dan amat annoying kepada seorang wanita yang ganas dan buas ketika memegang stereng kereta.hebat bukan?.kadangkala aku ketakutan di bahagian seat belakang melihat aliahkama dan hampir menyorok di dalam beg galas ku itu.aku melihat selipar jepun ku.alahai buruknya rupamu.aku pun tukar memakai kasut setelah merasakan bahawa diri ini diperhatikan oleh mata-mata yang misteri.kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu masjid di mana entah yang kawasan sekitar nya didiami oleh minah-minah Indonesia, kanak-kanak berbasikal yang nakal dan mempunyai jalan yang mengelirukan.sementara menunggu aliahkama dan najwa bersolat zohor, aku menghisap Winston Light sambil memerhatikan kereta aliahkama daripada sebarang anasir-anasir jahat ataupun M Nasir.di samping itu, aku duduk termenung dan kononnya murung sambil mengopek bekas luka jatuh menggelongsor di jalan raya pada 3 minggu yang lepas.





hari itu diteruskan juga dengan mengambil atikah azumi di jalan berdekatan kolej asrama pelajar UM.sedang sesat berjalan-jalan tiba-tiba atikah menalifon aliahkama dan mengatakan bahawa dia juga berada di jalan yang sama.dan muncullah atikah azumi bersama bapanya.aku mula terbayang reaksi dan wajah bapanya setelah mengetahui aku, yang juga seorang lelaki ingin keluar bersamanya dan ketakutan.maka kalutlah seketika keadaan di dalam kereta itu dimana aku dan najwa ingin bertukar tempat kononnya ingin berlakon aku sebagai teman lelaki aliahkama tetapi serta-merta aliahkama menjerit-jerit seolah-olah terkena peluru berpandu Israel dan keadaan menjadi kelam-kabut seketika.disebabkan adrenalin yang mengalir terlalu laju dan perasaan takut yang amat sangat sehingga waktu untuk berfikir tiada,aku serta-merta mengambil tindakkan yang aku anggap bijak tetapi sebenarnya amat bangang iaitu keluar daripada kereta ketika lampu isyarat bertukar menjadi hijau dan kaki aku dilanggar dan dilenyek oleh Toyota Vios aliahkama itu.sakitnya aku tahan dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa berlaku sedangkan di dalam hati memaki-maki aliahkama.hahahaha.i blame you, najwa for being a retarded person for 30 seconds and i blame you, aliahkama for shouting like a monkey in your car.AHAHAHAHAHAHAHA TIME INI KELAKAR GILA.

oh hatiku berdebar ketika berjumpa dengan bapa atika azumi.atika azumi mula melambai-lambai kepadaku dan aku hanya tersenyum palsu sebagai reaksi.pada mulanya aku terlihat wajahn bapanya seolah-olah marah, akan tetapi selepas aliahkama menyuruhku bersalaman dengan beliau, Alhamdulillah.jauh panggang daripada punggung.rupanya bapa atikah azumi amatlah seorang yang manis ketike tersenyum walaupun ketika itu aku menggigil ketakutan dan menahan sakit di kaki.tiada apa-apa berlaku selepas itu kecuali kami meminta izin daripada bapanya untuk membawa atika azumi keluar berjalan-jalan dan aku memaki-maki najwa dan aliahkama di dalam kereta.tidak ketinggalan juga najwa dan aliahkama kalut seketika, memaki-maki aku yang amat BIJAK.hahahaha.

perjalanan diteruskan ke kolej uitm alamanda tidak silap ku untuk mengambil siti najihah atau dikenali sebagai belon di kalangan kami Science Sixers.cewah nama tak boleh blah.di dalam kereta itu aku sempat berbual-bual kosong bersama Cik Atika Azumi dan mewawancara tentang kisah hidupnya.setibanya kami di sana menunggu najihah yang mungkin sedang bersolek seketika sehingga aku sempat menghirup setengah batang rokok, dia menaiki kereta aliahkama tanpa ku sedari.tiba-tiba al menyuruhku menaiki kereta dengan pantas.haha.aku pun bertindak mengikut arahan.masuk sahaja ke dalam kereta aku disapa oleh najihah "oh manje semakin ayu" dan aku hanya mampu memaki-maki sebagai salam perkenalan dan dia mula merepek-repek seperti mak nenek di dalam kereta.kau tetap belon ya najihah?.hahaha.kami singgah sebentar ke McDonald mane entah tidak silap ku, untuk memberi laluan kepada atika azumi dan najihah untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM.


kemudian kami pergi ke Old Town kafe untuk berborak-borak seketika.oh.lagi sekali aku mula terasa agak janggal bila melihat aku seorang sahaja lelaki bersama empat orang wanita dan terasa seperti diperhatikan.bak kata atikah azumi "rafiq kahwen empat".WAKAKAKAKAKA. I think I should get use to it lah.hahahahaha.najihah belon kemudiannya meminta order makan dengan begitu rakus sekali iaitu makanan berbentuk mee hun sup.aku juga meminta air hazelnut yang rasanya seperti meminum petai yang telah diblender pada mulanya, namun setelah menghirup untuk kali kelima atau keenam, rasanya agak sedap.bermula lah sesi "cam-whore" di antara kami berlima dan aliahkama telah menyuruh salah seorang makhluk yang berkerja di OldTown kafe tersebut untuk snap gambar.inilah hasilnya.najwa mula merengek bahawa bapanya telah menyuruhnya balik ke rumah.setelah berborak-borak dan cam-whore seketika, walaupun tidak puas, tetapi cukuplah sekadar itu sahaja.







Kemudian aliahkama menghantar kami ke KL Central untuk pulang ke rumah dan kolej masing-masing.ketika aku sedang mengemas selipar buruk dan kamera ku, tiba-tiba najwa hilang seperti pelesit.ok aku copy paste post terdahulu.


"I wanted to say "BABI BABI BABI" to you fo leaving us err I mean, me, like a pelesit di KL Sentral.At that time I was packing some things (selipar ngan camera kott) in my bag when suddenly I asked Najihah "Eh, najwa mane?"."Dia dah blah arh" kata Najihah then I was like wtf gila babi mode."


sempat juga mengambil beberapa keping gambar bersama najihah belon didepan KL Central.OK di sini di mana part sayu itu datang.melihat aliahkama melambai-lambai dan membuat muka menangisnya dan atikah azumi juga melambai-lambai, aku pun berkata "jumpa lagi!" sebagai ayat terakhir.setelah mereka balik tinggallah aku berdua bersama najihah ingin menaiki train pulang.aku sebenarnya ingin pergi ke masjid jamek tetapi tidak tahu bagaimana.then aku menalifon pakcikku dan dia berkata itu ini itu ini.then aku tanya pula najihah, dia berkata itu ini itu ini.aku seolah-olah mengelamun bodoh.langsung tidak paham apa yang mereka katakan.inilah sebabnya aku benci menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.haha.

ok ketika aku sedang blur gila babi itu pula najihah menyuruh aku membeli tiket ke masjid jamek.ok aku layankan die.masukkan duit syiling, tetapi mesin itu pula buat perangai lahanat anjing celaka tidak dapat menerima duit syling kami berdua.ah aku sudah mula melayang-layang pening dan mengelamun.sedangkan najihah pergi ke kedai buku ingin membeli buku, aku menghalangnya.die konon pancing nak beli majalah wanita nak bace la hape la.aku siap dah hulur duit RM10 juga tetapi ditolak tidak silap aku.aku pula time tu tengah panas tiba-tiba melihat kedegilan si najihah.akan tetapi melihat dia tersenyum menyerupai belon membuatkan aku mengalah.then aku pasrah lah.hahah.then aku bagi duit kau taknak dasar kepala batu punye perempuan.seriously aku bengang dengan kau orang termasuk kau, aliahkama dan najwa.selepas itu najihah memberitahu ku cara-cara untuk pergi ke pudu untuk menaiki bas.ok aku dengar dengan teliti.selepas itu najihah ingin mengeluarkan duit lagi.lagi sekali kau menyusahkan orang,rafiq.teringat lagi kata-kata najihah, "takpe la.kitorang ni orang sini.kene layan tetamu dengan baik".then aku balas kembali "tetamu?taktau pulak aku KL Central ini rumah kau?.babi ape seme ni?".ah aku dah rase tahap kebodohan aku melampau gila time tu.

sedang najihah mengeluarkan duit di mesin ATM, aku terfikir lebih baik berambus lebih awal daripada menyusahkan najihah lagi.aku tidak berkata banyak cuma menumbuk tangannya dan terus pergi ke tandas untuk membasuh muka yang semakin pucat.seingat aku, aku tidak pun mengucapkan terima kasih kepada najihah waktu itu kerana aku masih di dalam keadaan panas dan geram.ok.bersedia untuk pulang, rafiq.najihah, tidak perlu meminta maaf.haha.

then aku lihat najihah sudah tiada lagi.sudah balik kott.on the way untuk mencucukkan tiket LRT, terserempak bersama rakan lama iaitu Syful Izuan bersama aweknya.berbual seketika.dan kemudian pergi ke Masjid Jamek menaiki LRT.kemudian malas untuk sesat dan terjadi apa-apa yang pelik, aku hanya berjalan kaki daripada stesen LRT Masjid Jamek sehingga ke Plaza Rakyat.ketika itu masih pukul 7.15 petang.mengambil kesempatan untuk menghisap rokok dan minum air seketika di tempat duduk di luar stesen bus tersebut.melihat bangunan KL yang tersergam indah.semoga berjumpa lagi, KL yang pening.tepat pukul 8 ku menaiki bas dan terus pulang ke Muar.tiba di Muar pukul 9.35 oh ya bas ini laju macam celaka.

Cicak mengambil ku menaiki RX-Z nya di stesen bas Bentayan dan terus ke Sungai Abong.melepak seketika di warung bersama Syahrul Keling dan Cicak dan juga Faizal Punk.kemudian online seketika dan seterusnya terlantar di atas katil mati tidak berbunyi.End of that day.still, I miss you all. :)


p/s:
Terima kasih yang amat kepada aliahkama, najihah, najwa tasin, atika azumi.amat.amat BESAR.
Minta maaf jika ada sebarang tatasusila (ahaha) atau percakapan.Minta maaf juga jika membebankan anda semua.hoho.shit apehal aku mcm buat karangan SPM.damn.dan terima kasih kepada Rafiq Kamal kerana datang all the way from Muar sambil memakai selipar jamban merah.sekarang pun masih memakainya lagi.dan juga kepada Norhaida Ujang atas senyuman dan sokongan dan juga kepada Tan Sri Samibelu kerana mempunyai gaya rambut yang chamtek dan terima kasih lagi sekali kerana membina lebuhraya plus dan tol Sungai Besi.

tetapi ini masih tidak complete.seperti kad poker tanpa set daun Spade.seperti bertumbuk tanpa rasa sakit.seperti rokok tanpa lighter.tidak.tidak complete.hahah.



Credits:

Adobe Photoshop CS2
Microsofy Office Picture And Viewer
Norhaida Bte Ujang, ibu kesayangan wakakaka
Encik Bakhtiar dan Puan Azni
the people themselves - aliah, najihah, najwa, atikah :)








12 Balasan

  1. Anonymous Says:

    ala... make ur own post larh...
    hehehe...

  2. aliah kama Says:

    tahhh.

    alaa.mane aciiii.

    cis.

    compose one!

    and u too gha!

    haha.marah.

  3. Rfq Kml Says:

    gha: haha ye ye nnt aku buat la.LOLOL.

    aliah: again.as i said.busy gila la weh.haha ye nnt aku buat.

    damn kau orang buli aku.hahaha x pasal

  4. ~ctnajihah~ Says:

    hahhaa... damn klakar do.. (senaman mulut aku pg2 ni..)

    xsangke yg korang gelak2 adalah pasal di traffic light 2..wo.. gile saket kowt.

    al : owh, kne post dlm blog msng2 ea?? hahaha.. ok2..

    rfiq : u r prety comel 4 dis tyme.. plus manje as alwaysz.. hahhahahhaha..:p

    the 1st long esei, ever i read habis.. congrate!! :p

  5. aliah kama Says:

    hahaha congrtas gha!!!

    damnnn.lawak gle sakit perutttt gua bace nihhh.hahahahah.

    mase bce rase cm byk nk ckp.tp dah hbs,lupa nak cmnnt part mane.hahah.

    ape2 pun we sure gonna miss eachother :D

  6. Rfq Kml Says:

    najihah: hahaha sebenarnye kitorang nk gelakkan kau tp sbb kau comel sgt tu yg x jadi lah kott.haha.tahniah menghabiskan esei panjang ini najihah dan aliah.haha XD

    aliahkama:hahaha korang tukang bace.aku yg tukang tulis ni da saket perot tergelak2 siap ade certain aku edit merepek gile babi hahaha.em.it`s ok.agak2 ingat mende yg kau nk comment tu, tulis je kat sini.hahah.

    yup al.itu sudah pasti :)

  7. aliah kama Says:

    hahah.part credits tu pun merepek.adoyaii.tahniah2.bnde2 cmni bace lg 2-3thn mesti nangis2.hahahah and fyi,sepanjang perjalanan haritu i wasnt crying at all walaupun dlm satu babak.

    yg pasti,tu gelak dan senyum.
    hahahaha.

  8. Rfq Kml Says:

    hahah ape yg merepek nye.bg aku ok je.tu tande penghargaan :) haha.erm?hahaha.ah takde2.kau tetap menanges even bila kau ketawa.damn aku nak kau nanges hingga bila2 masa.plisss.haha.tupai tupai.

  9. erin,hasim Says:

    nape u sorang je laki?

  10. Rfq Kml Says:

    sebab rfq bkn pmpuan hahahahah stupid joke hahaha

  11. Anonymous Says:

    aku terlambat bce. kau bkn nk inform ble da post. pape pn, mmg best aku bce gelak gle dr td. hehe. thanx a lott to aliahkama. dan kau dan najwa dan gha jugak. sumpa rinduu korang.

  12. Rfq Kml Says:

    haha sori.kau pn tak rajin online je.sbb tu aku wat dek je.ingat kau da bace.ekeke sorry again.thanks fo reading. :)

Iklan Penaja :

My photo
I am content with losing

Entries (RSS) | Comments (RSS) | XML Ripped By Rfq